Ahad, 25 Mei 2014

MENSYUKURI KELEBIHAN , MENERIMA KEKURANGAN :)


Mensyukuri Kelebihan , Menerima Kekurangan J
Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri
Dan apa yang sepatutnya kita lakukan adalah BERSYUKUR !
BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T
BERSYUKUR  DENGAN  NIKMAT YANG SELAMA INI DIA PINJAMKAN !!
Tiada manusia yang sempurna dilahirkan dengan kelebihan semata-mata
ALLAH ITU MAHA ADIL , MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk kita !
Mungkin kita rasa kita tak macam orang lain .

Ehh ! kenapa dia cantik .aku tak ?”
“untunglah dia anak orang kaya . semua benda boleh dapat. Lainlah aku ni orang miskin”
“putihnya dia , kenapa aku hitam”
“kenapa dia kurus?kenapa aku gemuk?”
“kenapa dia pandai , kenapa aku bodoh?”
“ramainya lelaki suka dia . tapi kenapa aku tak?”

TERLALU BANYAK KENAPA ?

KENAPA ,
KENAPA  ,
DAN ,
KENAPA ?

TAPI ...............

-PERNAH TAK KITA FIKIR KENAPA ALLAH JADIKAN KITA MACAM TU ??
-PERNAH TAK KITA FIKIR HIKMAH YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK KELEMAHAN DAN KELEBIHAN KITA TU ?

Balik kepada konsep BERSYUKUR tadi !

Kalau kita bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan kita INN SHAA ALLAH , persoalan kenapa dia , kenapa bukan aku ? kenapa dia macam tu , kenapa aku tak ? kenapa , kenapa dan kenapa tu tak kan wujud !!!

                                                                 Dan !!!!!!!

Jangan  biarkan  kelebihan  dan  kekurangan  kita  itu   membuatkan  kita  menjadi  manusia  yang  tak  tahu  hendak  bersyukur  dengan  apa  yang  Allah  berikan  selama ni  J  Dan  kalau  kita  berusaha  untuk  membaiki  kelemahan  kita INN SHAA ALLAH dengan  kelebihan  kita  yang  Allah  berikan  walaupun  tak  sebanyak  orang  lain  pasti  mampu  untuk  melengkapi  kekurangan  kita ..


           Peace ;)

Sabtu, 30 Mac 2013

Benarkah 'Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki?'

Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?

1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.

2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.

3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.

4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).

5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.

6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.

7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.

8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.

9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.

10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.-

Rabu, 27 Mac 2013

saja nak share :)

assalamualaikum :)

.. Td (rabu , 27.mac.2013) kat paper metro page no 3 *kalau tak silap* ada budak mati lemas *ceritanya kecik aje kt bwh tu* dekat bidor , perak .. Kalau sesape ada bacalah . Haaa , budak tu budak india baru 4 tahun .. Polis syak budak tu kene bunuh *aku tak tau cite sbnr dia* .. tp mcm tu lh yg bpk aku cite . Bapak aku jadi RELA kat sane , tolong cri sme . Start hilang sampai jumpe .. And and and , kat paper tu ada tulis '4 ORANG RELA' *Haaa,bapak aku lew tu* . Walaupun xda gambar msuk paper , its okay . Nama pun RELA . SUKA DAN RELA berkhidmat --'

Sabtu, 9 Mac 2013

Encik Mimpi ^^

Assalamualaikum..

haaaa,korang nampak tak gambar tu??
*nampak separuh je kan?*
itulah dia ENCIK MIMPI..
dia ni bole di kira femes jugak dekat youtube *tapi,ramai jugak orang tak tahu*
aku minat kat lagu2 dia..abis lagu orang di parodikan nya..kadang2 ok kadang2 ko..
dah lama jgk aku dok follow youtube n facebook dia..
tapi tak jugak tunjuk2 muka..
aku rasa dah sekat 5 tahun dia kat youtube..
try lah cari..ENCIK MIMPI..dia ni best..
okaylah , tak tau nak taip ape??hahaha
bubye...